April 07, 2013

I'm not perfect

Assalamualaikum dunia...

Lama aku tak meng'update' blog kan. Tujuan aku tulis blog ni untuk meluahkan perasaan aku yang dah lama aku simpan. Alhamdulillah tahap aku kesabaran aku masih di paras yang stabil. Syukur sangat...

Tajuk entry aku ialah I'M NOT PERFECT... yup aku tak sempurna. Manusia tak ada yang sempurna dalam dunia ni. Jadi memang setiap perkara yang kita lakukan tu mesti ada cacat cela. Aku tak mengaku aku baik, hanya orang yang boleh judge kita, kita ni baik ke tak.

Suka menjaga perasaan orang lain.... Hidup aku memang suka menjaga perasaan orang lain. Even aku yang akan susah or sakit hati, tapi aku suka tengok orang lain bahagia. Aku suka tengok orang lain tersenyum walaupon aku hanya tersenyum tak ikhlas hanya menujukkan aku happy tengok diorang bahagia. Aku merasakan bila buat macam tu, hati aku akan berasa lega walaupon end up nya aku yang merana. Kawan2 aku sendiri yang cakap, kenapa selalu pikir perasaan orang lain? mana hak kau najwa ?... Aku sendiri tak boleh cakap kenapa aku jadi macam tu. ITU AKU.



Kena maki hamun... sudah biasa benda tu. Manusia, siapa yang tak ada tahap kemarahan tersendiri. Bila ada yang buat salah mesti la burst terus kemarahan tu and keluar benda yang tak elok. Aku faham. Bila kita kena marah, bukan diri kita tu tapi syaitan yang menguasai diri kita. Diri kita tak kuat, sebab tu macam tu. Bila aku kena maki hamun, memang la rasa down, down sangat2 tapi aku jenis yang let go je benda yang lepas, sebab masa berjalan. Masa bukan tunggu kita. ITU AKU.

Aku bukan perempuan liar... Aku masih menjaga adab2 sebagai seorang perempuan. Malu itu penting. Jangan judge aku macam perempuan yang suka berpeleseran kat luar tu. Aku ada lagi mak bapak, aku sayangkan diorg tak mungkin aku nak balas jasa diorang dengan perangai macam tu. Diorang ajar aku dengan baik and tak mungkin aku betray diorang, Nope. Mungkin aku ada buat salah, tapi aku sedang berubah sikit demi skit, bukan untuk sapa2 tapi untuk diri aku jugak. Aku appreciate sangat orang yang menjaga and selalu tegur aku yang mana salah. Sebab tandanya orang tu menjaga aku dari benda yang aku terlepas pandang. ITU AKU.

Sedih... Bila aku sedih, aku tak akan menceritakan dekat orang yang aku sedih. Aku cuba simpan biar benda tu cair and hilang dalam diri aku. Biar aku yang makan hati sendiri. Tapi bila aku tak tahan sangat, mak aku jadi tempat aku meluahkan segalanya. Sapa tak sedih bila kita buat macam2 and benda tu tak ada orang appreciate pon. Sapa tak sedih. Bila orang membenci kita, mesti la kita sedih and kita akan pikir balik kenapa jadi macam. Pikir sampai kita yang sakit hati. Aku mengaku tak ada sapa yang pernah pikir perasaan aku. Aku kadang2 menangis dalam solat sebab aku sedih kenapa Allah bagi ujian macam ni. Dari dulu lagi. Allah... Sekarang aku redha je apa yang berlaku, tandanya Allah nak menguji kita, kita kuat ke tak. Aku bukan mintak orang sanjung2 aku, cuma aku nak orang tahu yang aku ada perasaan jugak, ada hati jugak. Tapi entahlah.. bukan masanya lagi kot. Janji Allah pasti. Hanya mampu bersabar. ITU AKU.

The main point is... im not perfect to anyone. even orang kata diorang dah jumpa the perfect one in their life. Aku tak percaya kata2 tu. Aku percaya yang maybe diorang jumpa orang yang memahami diorg and accept segala keburukan masing2. Cuma sekarang, aku cuma bersabar, cuba untuk menjalani hidup yang sentiasa berputar dan aku percaya masa yang aku inginkan tu akan datang. InsyaAllah. Aku bukan cakap aku tak bahagia sekarang cuma aku nak rasa bahagia aku tu boleh dikongsi ramai2 and orang boleh nampak aku sedang bahagia. Semua ni aku tulis sebagai luahan hati dan medium untuk aku melepas apa yang terbatu dalam diri aku. Tempat mengadu. 




Go Najwa ! You're strong !

Prinsip aku. aku tak akan buat benda yang tak elok belakang orang, sebabnya aku percaya benda tu akan datang balik pada diri aku. 




1 comment:

Firdaus Fauzi said...

I understand. And I take full responsibility of my actions as well as your feelings.

Love u.