January 05, 2013

Assalamualaikum...



Fuh fuh tiup sikit habuk-habuk yang bersepah ni. Sikit je la. Haahaaha. Sekarang dah masuk 5 Januari and baru sekarang aku baru nak wish kat korang 'HAPPY NEW YEAR'. Maaf lambat sikit.

Actually, aku malas sebenarnya nak mengupdate blog bagai. Tapi disebabkan aku ada terbuka facebook and tengok kawan-kawan aku punya life diorang. Diri ini sangat cemburu melihat kejayaan orang lain bila nak compare dengan diri sendiri. Ada yang bergelar doktor, farmasi, engineer and so on. Ya Allah, kebesaranMu sangat terjelas. Dulunya aku sering membangga diri, sering memandang rendah pencapaian orang lain. Ya memang aku mengaku perangai aku itu. Aku leka dengan pencapaian aku sehinggakan pencapaian SPM aku memang betul-betul mengecewakan. Sumpah aku menyesal. Perangai buruk aku sampai sekarang masih terbawa-bawa di universiti. Leka dengan pencapaian cemerlang. Allahurabbi.

Kini baru aku sedar, jika nak dibandingkan diploma dengan degree, mestila yang degree lebih dipandang tinggi. Bila dipikir-pikirkan balik, diploma ni macam peluang belajar and macam nak cepat habis belajar. Sumpah rasa terhina. Memang la ada orang kata, orang diploma lebih banyak ilmu yang dia dapat jika orang itu nak sambung degree, tapi cara aku berfikir lain. Buang masa. Orang lain boleh grad pada usia yang muda, kalau aku yang nak sambung degree mestila tambah bertahun-tahun lagi kan nak grad. Aku di sini bukanlah nak menyesali perbuatan aku sekarang, tapi lebih tertekan bila orang lain boleh dapat apa yang diorang nak. Maaf budak diploma, aku budak diploma jugak, cuma bagi pendapat.

One more things, kenapa kerajaan menetapkan kalau lepasan matrik untuk sambung ke degree farmasi boleh 3.0 tapi kalau lepasan diploma 3.8. IT'S NOT FAIR OKEY ! . Bukan niat aku nak memberontak, kenapa jauh sangat perbezaan dia. Aku ni dah patah semangat bila dengar requirement untuk sambung degree farmasi macam tu. SubhanAllah. Dengan result aku yang cukup-cukup makan, mana mungkin. Tapi kalau ada miracle happen to me, aku bersyukur sangat-sangat. Seriously aku cakap, aku dah patah semangat. Tolong naikkan balik semangat Ya Allah.

Cemburu kan kejayaan orang lain memang patut and patut sangat-sangat. Benda tu la pemangkin semangat kita untuk terus berusaha untuk lebih pada orang lain. Zaman sekarang, ramai sangat budak yang dah pandai-pandai. Takut sangat. Kalau kita terhengeh-hengeh, terkinja-kinja or duduk berseronok lagi, memang kita akan terkebelakang and hanyut and bye bye. Dekat oversea tu berlambak budak Malaysia, and nak tambah lagi budak kat negara kita. Sekarang ni, semua benda ada persaingan. Menangis aku bila tengok kejayaan orang lain, tapi kenapa aku tak mampu jadi macam diorang ? Kenapa ? Semua jawapan ada pada diri kita sendiri. Take note.

Sekarang ni aku hanya fokus pada benda yang akan datang, benda dah lepas biarkan benda tu berlalu and ambik pengajaran dari benda yang lepas. Berusaha selagi mampu, kerana usaha kita nanti akan dibalas dengan kejayaan yang kita impikan. Amin Ya Rabbal Alamin. Bila kita jatuh kita bangun dengan diri yang baru. Semangat Najwa. Aku dah berjanji dalam diri supaya aku dapat membanggakan ibu bapa aku. 

Aku minta maaf kalau aku ada menyinggung perasaan orang, aku hanya meluahkan apa yang aku rasa dan benda ni aku rasa lega sikit bila dah lepaskan. Fuh ! Aku menyesali semua perbuatan aku dan mohon maaf.

1 comment:

Firdaus Fauzi said...

usaha.. usaha, dan jaga hubungan dengan Allah..

insyaAllah.. I'll always be by ur side. :)

Jgn rasa rendah diri, setiap org ade anugerah dia. Cuma bila Allah nak bg, itu terpulang pd Dia. Dia plan semuanya, dan dia tahu apa yg Dia buat. We hope for our best, and be do our best..

Go Najwa ! :D

*nice song..